Friday, 14 September 2012

Tips: Hiaskan Blog :)

Hi There and selamat petang. 



Jom baca ! Saya nak share macam mana nak mencantikkan blog. Saja je mau share biarpun blog sandra tidak lah cantik meletup mana pun. Hehe.. Manalah tau kan ada blogger baru yang berminat mau baca.. 
Semua ni berdasarkan pendapat dan pengalaman sandra ja sebagai seorang blogger.

1. Template 
Template ni benda asas yang perlu kalau nak buat blog kan. Seboleh-boleh nya pilihlah template blog yang sesuai dan senang nak edit. Selalu nya orang akan guna template blogskin untuk hasil blog yang cepat dan cantik. Tapi blogskin ni susah sikit kalau nak edit bagai.. Berbanding dengan template Washed denim dan Template Designer yang senang nak edit. 

2. Tema warna dan Background
Blogger selalu nya akan pilih tema warna yang light contoh nya pink,biru, purple,hijau dan lain-lain. Jarang lah orang gunakan tema warna blog hitam. Mungkin ada tapi tak banyak. Kalau nak pilih background  seboleh-bolehnya jangan pilih yang corak crowded sangat sampai lambat nak loading. Just pilih warna yang soft dan sesuai dengan tema warna kamu.  

3. Header
Header tuu kira benda penting juga lah kalau dalam blog ni. Kalau takda header nampak macam lain ja blog kan. Header pun memainkan peranan yang penting juga tauu ! HHE . Letak lah header di blog biarpun header tu simple. 

4.  Tuliasan (FONT)
Di nasihatkan supaya tidak memilih font yang bertulisan sambung yang 5 minit baru faham maksud huruf tu (Nahh.. ambikk ayat saya..HHA) Guna font Trebuchet, Times atau Arial. Senang nak baca. Saiz font tu letak saiz 12 atau 14 lah. Tak terlalu besar dan terlalu kecil. 

5. Hiasan Tambahan
Bagi sandra hiasan tambahan ni macam border sidebar, Title sidebar, Footer Blog dll. Kalau nak blog yang cantik letak lah benda-benda tu di dalam blog. Biar blog kemas sikit.  Tak susah pun sudah sekarang. Ada ramai blogger termasuk saya yang menyediakan Tutorial blog. HEHE. 


Rasanya itu saja lah tips yang dapat sandra kongsikan. Kalau nak yang terbaik tu mestilah ada usaha kan. Sama lah dengan blog. Kalau rajin nak edit blog dan kacau-kacau coding tu mesti boleh punya. Macam sandra lah. Dulu langsung tak tau apa-apa pun cara nak design blog bagi cantik.. Ngeee.. HEHE...
Sandra harap tips ni sedikit sebanyak membantu kamu.