Monday, 25 March 2013

Trip to Jakarta and Bandung. -Part 2

25/03/2013

Hello there readers. How are you ???
Pardon me for being too late publishing this post. hehe Hari tu part 1 sudah publish. Sekarang part 2 lagi. hehe Siapa belum baca part 1, jom baca. Tekan link bawah tu okay.


DAY 2 (13/3/2013)
Masuk hari kedua. Pagi-pagi lagi lepas breakfast dah check out dari Fave Hotel Jakarta sebab nak pi Bandung. 

Ini bangunan luar Fave Hotel. Cantik kan? Bangunan di sana memang cantik-cantik. Hehe Anyway, Good Bye Fave Hotel. hihi Sebelum naik bas, sempat beli stuff di kedai ala-ala macam seven eleven tu. Haha... Kedai tu dibahagian bawah bangunan hotel tu ja. Nampakkan warna merah dan kuning tu? haa tu laa kedai nya. hihihi 

Sebelum pi Bandung, Kami singgah kejap di Taman Mini Indonesia. Dalam perjalanan nak pi sana tu, jalannya macet banget. Hihi Tak caya? Tengok ni..
Pengangkutan ... Tukang Ojek, Bajai, Angkot, teksi... tapi yang paling banyak tukang ojek. hehe

Tidak tau apa nama bangunan ni. Sempat snap masa otw pi TMI. Cantikkan? ^___^

Can you see a Camel ? hehe 

Sampai di Taman Mini Indonesia...
Taman Mini Indonesia 

Entrance dia saja pun sudah cantik, belum lagi di bahagian dalam. Hehe Lagi lah cantik. hehe Hebat kan siapa yang reka ni. hehe  

Haha.. kalau pi TMI mesti kamu akan jumpa dengan patung ni. Kalau nak ambil gambar dengan dia kena bayar. $$ Hehehe .. takda yang free. haha btw, tengok background tempat kami bergambar tu, cantik kan? hihihi

Lepas TMI, kami menuju ke Bandung. Kami di sana selama 2 hari. Perjalanan dari Jakarta to Bandung itu mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ditambah lagi dengan kesesakan jalan. Sempat tidur dalam kereta lagi mungkin. hehe Sebelum sampai di Bandung, kami singgah di kawasan persinggahan (Rest Area) antara Jakarta-Bandung untuk lunch. 

Makanan Padang. Chicken again and again.. 
CFC = Chlorofluorocarbon ? haha .. Tidak lah. hehe CFC sama dengan KFC. hehe Mungkin kat Indonesia ja ada. Malaysia ada ka restaurant ne? hehe Di Sabah tak pernah nampak lagi. hehe

Lepas lunch, straight to Bandung. Yeahh! Sepanjang jalan kiri & kanan banyak kawasan tanaman. Tapi tak sempat snap. hehe Finally dapat jejak kaki di Bandung. Hehe.. Bandung di gelar Paris Van Java. Di sana memang Syurga membeli belah. Mall Factory outlet banyak kat sana. Kena bawa $$ banyak-banyak lah eh. haha 

Sampai di Bandung, terus pi Toko Tiga. Kedai Jeans dan baju yang murah dan berjenama. hihi
Masa kat sana, dapat pengalaman manis. Haha... Lucu kalau ingat balik. Masa kami turun dari bas untuk masuk dalam kedai tu kan, sempat lagi peniaga-peniaga di sana snap muka kami satu satu macam candid la. haha Lepas tu diorang suruh kami beli. Hairan juga sebab cepat sangat diorang print gambar tu. Terkejut kenapa tiba-tiba ada muka saya dalam pic tu. haha XD  anddd...kalau kita tanya harga sesuatu barang contohnya keychain tapi kita taknak beli, diorang akan terus kejar kita supaya beli stuff tu. So hati-hati. haha.. Best solution is, cepat-cepat naik dalam bas ataupun tak yah tanya. haha :P

Lepas di Toko Tiga, kami di bawa ke Bali Heaven. Salah satu factory outlet di Bandung. Cantik bangunan dia. Jom tengok dalam dia apa macam... hihi

Kawaii dolls | Jewels | 
Masuk kedai tu  keadaan di luar masih terang, sekali keluar dah malam rupanya. hikhik ^__^ Lepas Bali Heaven, then pi Dinner pulak di Restoran RM WIBISANA . 
Lepas makan, otw ke Hotel. SUKAJADI HOTEL Bandung (dekat ja dengan Paris Van Java) hihi

DAY 3 (14/3/2013)

Sukajadi hotel ...
Taken in the morning. Breakfast lepas tu mulakan misi shopping lagi. hikhik :P Best nya kehidupan pada waktu ituu. haha Pasar Baru mall yang pertama dikunjungi pada hari ketiga ! hehe Masa kat sana langsung tak snap gambar sebab keadaan yang sangat sesak. Kena hati-hati lah kalau shopping kat sana sebab banyak pencopet kata embak guide kami. hihi  

Pic pinjam dengan uncle google. hihi  Dalam pasar baru ada macam-macam jenis kedai. Kedai kain lah yang berlambak dan semestinya murah. hehe 1 jam tak cukup masa kalau nak round dalam mall pasar baru ni. Trust me! haha :P 

Lepas Pasar Baru, pi Restaurant MITRA SEDERHANA PASTEUR lah pulak untuk lunch. Lunch kali ni makan makanan Padang juga. Again, bertemu lagi dengan sang ayam.. hehee ;)

Sempat lagi snap gambar dengan kawan baru. haha Nama dia Rijal ( sebelah hujung kanan) Guide kami masa shopping di Pasar Baru. Dia friendly. hikhikk

Lepas tu, singgah di TRANS STUDIO BANDUNG. Di TSB itu ada tempat permainan dan mall.  
Nampak tak Roller Coaster punya railway ? hihi Tinggi kan.. tapi saya tak naik. Bagus pi mall dari main game . haha :P 

grrr..I want to eat you! Ni pasal lah sandra tak nak main. sebab ada gorilla. hahaha :P

Jom tengok gambar-2 dalam trans studio... 
Terjatuh hati dengan kedai ni. Pink oke. haha Banyak jewels dan kawaii stuffs di sana. Di sebelah kedai Stroberi ni pun ada juga kedai jewels yang kawaii tapi tak sempat snap. semua stuff dia cantik-cantik. heehee wish to have store like this in sabah... haha

Lepas dari Trans studio, singgah satu lagi restaurant nama dia Kedai Belacan. Masa otw pi sana, sempat snap satu gambar ni...
Ada yang berminat nak try satu ? hehe  Pelik betul nama hidangan dia. hikhik :P

Dah sampai ...  hebat tak signboard kedai ? hihihi

Balik hotel jap hantar barang dan jalan lagi ke Paris Van Java. Hehe Dekat ja sebenarnya Paris Van Java dengan Sukajadi Hotel. Boleh la dalam 10 minit jalan kaki. hahaha  Tak banyak dapat snap gambar di sana. 


Ku bertemu dengan Miss Roxy di sana. hehehe ;) 

Update sampai day 2 dan day 3 saja lah dulu yah. Too much pictures sudah. hihih... Day 4 dan day 5 nanti next entry. hehe Ada sudah feeling mau pi Jakarta & Bandung lepas tengok gambar-gambar di atas tu ? hahaha :P  Wait for the next entry (Part 3) Banyak part lah pulak. hahahaha :P

Do enjoys with the pictures. It brings a lots of sweet memories for us :) 
Till then, Byee !


Thursday, 21 March 2013

Trip to Jakarta and Bandung. -Part 1

21/3/2013


Hello Readers.
Masih ingat pasal entry INI tak ? hehe Sandra ada bagi tahu yang sandra pergi trip to Indonesia kan. hehe Trip tu dah berlalu. Kami selamat sampai dan pulang. Tidak sangka cepat nya masa berlalu kan. Nah, entry kali ni sandra nak kongsi jugak pengalaman sepanjang trip tu. hehe ^_^ Mana tau ada yang nak pergi ke Indonesia, so boleh lah survey awal-awal. hehe 

Ini kali pertama dalam hidup sandra dan family pergi travel oversea. (ceh..ayat.. haha) Trip kami bermula pada 12 March sehingga 16 March 2013. Kira 5 hari 4 Malam lah di sana. Lama juga kan? tapi rasa cepat ja. hehe Dalam trip tu ada lebih kurang 41 orang yang join. Satu rombongan besar. hehe  Waktu di Malaysia dengan  di Indonesia itu berbeza. Kalau kita di sini da jam 7 pagi, diorang disana baru jam 6 pagi. Lewat satu jam lah macam tu. So kena biasakan diri la. Setting jam balik. haha

Oke-oke nak cerita satu satu. haha biar kamurang penat mau baca :P Ngeee!


DAY 1 (12/3/2013)

Flight kami dari Sandakan to Kota Kinabalu then finally to Jakarta. Naik turun kapal terbang. haha Flight from Kota Kinabalu to Jakarta pukul 6.30 pm. Duduk dalam kapal lebih kurang dalam 2 jam lebih macam tu. Then, selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada pukul 9pm macam tu.

Now Everyone can Fly ! haha | Yeah! Dah sampai | Welcome to Jakarta !

Sampai di sana, terus urus apa yang patut  then naik bas besar. Terasa lah juga masa tu yang macam mana jadi pelancong. Hahaha ... Then, guide tu bawa kami makan malam di Restoran Bukit Randu Bandara Jakarta.


Hidangan pertama kami di Jakarta. hehe Hampir semua hidangan tu pedas. Tapi disebabkan perut yang teramat lapar sudah, then makan ja la. Sedap hingga menangis-nangis. ok tipu! haha Takda la sampai nangis makan hidangan tu. Sebenarnya sedap :) Nah, bermula lah rutin memakan ayam sepanjang berada di Indonesia. Haha  Ayam dia kecil dan kurus tau. hehe Guide kami cakap "Ayam Broken heart". haha.. kesian kau wahai ayam. hehe

Lepas makan kami menuju ke hotel. Hotel tu nama Fave Hotel. Hotel baru lagi kata guide tu. Jauh juga hotel tu dari tempat restoran tadi. Di tambah lagi dengan jalannya yang "macet" a.k.a Jam. Memang kena sabar tunggu. hehe Jalan raya dia pun bertingkat-tingkat sebab kepadatan penduduk di sana sangat sangat tinggi.  Kawasan pun terbatas. Rumah dengan kedai takda jarak. Bersebelahan saja. 
Merah itu menawan ! Awww. haha 
The lobby is so attracted. Lobi hotel terus penuh dengan kehadiran rombongan meminang kami semua. haha Comel saja tengok lobi dia kan. hehe 
Melemparkan senyuman kebahagiaan! Ehhh.. haha 
Sempat snap lagi. haha Muka excited dan penat nehh. hehehe.. Lepas dapat kunci bilik terus naik cepat-cepat sebab nak rehat. Maka, hari pertama kami di Jakarta berakhir. hehe Zzzz.. di buai mimpi. Tak sabar esok nya nak ke Bandung. kehkeh.. 

Sambung Entry part 2 nanti  yep. hihi  | 

Thursday, 7 March 2013

Netball's Memories

7 March 2013

Hi there readers. 
Lama tidak update blog. Sorry lah kalau post tidak pandai update ya. hehe Blog memang tidak terpeduli sudah beberapa hari ni... hihi

Tadi ada perlawanan bola jaring peringkat MSSD. Memang sepanjang latihan banyak memories yang tidak dapat lupa. Ada part yang lucu,sedih kadang-kadang moody pun ada. Tapi biasalah kan. hehe 
Berita baik nya sekolah kami berjaya dapat Johan. *senyum lebar kejap! haha Semangat sepasukan biarpun muka jadi hitam sebab training panas- panas. cehwah! haha Lepas ni wakil MSSB! Syukur saya terpilih! :) 

Jom cuci mata tengok gambar semasa training dan match sebenar ! Hehe

(Training)




Lihat betapa hitam nya muka kami *_* haha 


(MSSD Match)

We're the Wondergirls ^_^


Banyak kenangan sepanjang main bola jaring dengan diorang. hehe  
Best !




Thursday, 28 February 2013

FREEBIES: Tiny Polka dots Background


Hi there.
Jom cuci mata dengan semua background yang gorgeous ini. haha  Ambil la semua. Tidak perlu bayar. hehe Jangan lupa letak komen ^_^

http://3.bp.blogspot.com/-UPx8YiJmVzw/T1-xXCGBDiI/AAAAAAAACQg/wfoSmFgwVzE/s320/capture-F.png

http://3.bp.blogspot.com/-bIlEcUWXvIM/T1-x9Nyb6AI/AAAAAAAACQ4/bre02F5n0bg/s320/capture-C.png

http://4.bp.blogspot.com/-6hZwIRrkY28/T1-0hvn_PTI/AAAAAAAACSw/dniFBgBKU9g/s320/capture-O.png

http://2.bp.blogspot.com/-hY8GcpMOY_I/T1-zi-y5FYI/AAAAAAAACSI/wMiKHGPAOXQ/s320/capture-D.png

http://4.bp.blogspot.com/-5oAJp1OQ0Z4/T1-zGQGmgpI/AAAAAAAACRo/yBXZDxRNzog/s320/capture-I.png

http://3.bp.blogspot.com/-CQ5DyAkIpYU/T1-wiyJLbGI/AAAAAAAACQA/A1Wj4wsGKbI/s400/capture-AAA.png

Freebies: Rare Background

28 Feb 2013

Hello ! 
Hari ni last day in February kan? Cepat nya. Esok March! Mimpi ka ni? hehe Oh Tidak! Ujian dah tamat tadi pagi. Apa pun result nya, terima saja lah dengan ikhlas kan. hehe  Anyway, lama tidak share freebies di blog. Hari ni baik hati laa nak share dengan kamu. hehe

http://3.bp.blogspot.com/-LbrRQkVXnwk/TxpO78xav7I/AAAAAAAAEQU/JV4t27joqfg/s320/rarebg11.png
 
http://4.bp.blogspot.com/-ZqnENVVAhxM/TxpLWH2-4UI/AAAAAAAAEPs/YbDVJMmORFw/s320/rarebg10.jpg
 
http://3.bp.blogspot.com/-Gd3USBxLyl8/TxpLSCXx2FI/AAAAAAAAEPE/0f_dLocDbiY/s320/rarebg5.jpg
 
http://2.bp.blogspot.com/-tq4Fx1B3gVE/TxpLTDJFYjI/AAAAAAAAEPI/G1GQ9k75K_0/s320/rarebg6.jpg
 
http://3.bp.blogspot.com/-kQGiG3SOJPk/TxpLUaqwwuI/AAAAAAAAEPY/fei_l7iIYc0/s320/rarebg8.jpg
 
http://4.bp.blogspot.com/-sOpSDcbBYFU/TxpLVS3YkMI/AAAAAAAAEPg/jMfH7Y4n3b4/s320/rarebg9.jpg